Program Back To School hasil kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Majlis Daerah Cameron Highlands telah berlangsung di Dewan Puncak Arabella. Program ini dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Ramli Mohd Nor.
Seramai 51 orang pelajar menerima bantuan persekolahan bagi meringankan beban keluarga. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa pendidikan merupakan asas penting dalam membentuk generasi masa hadapan dan menghargai usaha sektor korporat dalam membantu komuniti setempat.