Portal Admin
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Cameron Highlands
Orang ramai dijemput menghadiri Program Ramah Mesra Bersama YB Dato' Dr. Ramli Mohd Nor yang akan diadakan di Dewan Komuniti Cameron Highlands. Pelbagai perkhidmatan kerajaan serta kaunter pertanyaan turut disediakan kepada pengunjung.
Beberapa laluan akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada program komuniti yang berlangsung pada hujung minggu ini. Pengguna jalan raya disaran merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif.
Penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan hujan lebat berterusan yang boleh mengakibatkan tanah runtuh, banjir kilat atau jalan terputus. Sila patuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Permohonan bantuan kebajikan bagi penduduk Parlimen Cameron Highlands kini dibuka. Pemohon diminta membawa dokumen sokongan yang lengkap bagi mempercepatkan proses semakan dan kelulusan.
Dimaklumkan bahawa Pusat Khidmat Parlimen Cameron Highlands beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Sebarang pertanyaan atau permohonan bantuan boleh dikemukakan sepanjang waktu operasi.
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Cameron Highlands